Showing posts with label SSKM-SSU(UK). Show all posts
Showing posts with label SSKM-SSU(UK). Show all posts

Black 16 September

Tahukah anda bahawa pada tarikh 16 September 1963, disaat deklarasi pembentukkan "Malaysia" diistiharkan di Padang Merdeka Negara Sabah, Negara Sarawak dan Stadium Merdeka Malaya, pada hari tersebut jugalah malaya telah menghantar wakil Kerajaan mereka iaitu Yoke Lin Ong (Ong Yoke Lin) untuk menyampaikan surat pemberitahuan kepada United Nations (UN) bahawa "Persekutuan Tanah Melayu (Malaya)" telah menukarkan namanya kepada "Malaysia" berserta dengan pindaan perlembagaan yang membolehkan penyertaan tiga negara baru iaitu North Borneo (kini dikenali sebagai Sabah), Sarawak dan Singapura ke dalam Persekutuan Tanah Melayu (Malaya). Pindahan perlembagaan ini juga tidak mengubah identiti asal Malaya yang telah menyertai UN pada 17 September 1957. 

Apa yang berubah hanyalah sempadan antarabangsa sahaja yang telah menjadi lebih besar daripada sebelumnya tetapi masih mengekalkan identiti asal sebagai Malaya didalam keahlian keanggotaan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Bukti ini dapat dilihat melalui surat pemberitahuan yang telah tercatat didalam "United Nation Juridical Yearbook 1963"

Dalam ertikata lain, Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) itu sebenarnya masih wujud lagi sehingga sekarang dan pihak antarabangsa mengenali kewujudan Malaya dengan nama "Malaysia". Apa yang sebenarnya menjadi isu serius disini ialah selama ini pemimpin-pemimpin negara Borneo daripada negara Sabah dan negara Sarawak diberitahu bahawa mereka akan dan membentuk "Persekutuan Baru" dengan memiliki "Perlembagaan Baru". Namun, penggunaan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) pada peringkat awal dijadikan sebagai asas kepada Perlembagaan Malaysia adalah bertujuan untuk memudahkan pembentukkan kerajaan baru ini tanpa perlu bersusah-payah. Ternyata selepas terbentuknya Malaysia selepas beberapa tahun kemudian, pemimpin malaya iaitu Tunku Abdul Rahman enggan ataupun tidak mahu membuat Perlembagaan baru. Persoalan kepada keengganan Tunku Abdul Rahman ini telah terjawab melalui Bukti Ketiga ini.

Selain itu juga, pemimpin-pemimpin Borneo tidak pernah diberitahu tentang perkara yang sebenar ini kerana kematangan politik yang masih mentah serta latar belakang pendidikan yang jauh berbanding dengan pemimpin-pemimpin malaya telah menjadi faktor kepada manipulasi dan penipuan yang didalangi oleh pemimpin-pemimpin malaya terhadap pemimpin-pemimpin Borneo.

Pemimpin-pemimpin Borneo hanya mula menyedari akan perkara ini setelah Singapura menarik diri pada tahun 1965 daripada Malaysia dan krisis perlembagaan di negara Sarawak tercetus pada tahun 1966.

Pemimpin-pemimpin malaya tidak pernah berlaku jujur terhadap pemimpin-pemimpin Borneo dan bangsa Borneo. Ini jelas dapat dilihat sehingga ke hari ini. Apa yang mereka lakukan adalah semata-mata untuk kepentingan politik dan kerajaan mereka sahaja. Penentangan daripada Indonesia yang mengatakan bahawa pembentukan Malaysia ini adalah sebenarnya satu bentuk penjajahan di alaf baru ternyata benar.

Ini kerana negara Sabah dan negara Sarawak tidak memiliki Kuasa Kedaulatan dan Kemerdekaan yang sebenar. Ini disebabkan kuasa tersebut telah dipindahkan dari London ke Kuala Lumpur secara rasmi pada 16 September 1963.

Maka, untuk menjawab persoalan yang timbul dalam Bukti Pertama, jawapannya ialah Malaysia Day yang dirayakan pada 16 September 1963 itu sebenarnya merupakan Hari bagi Negara Sabah, Negara Sarawak dan Negara Singapura "menyertai" Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) tanpa disedari oleh mereka. Untuk lebih tepat lagi, 16 September 1963 sebenarnya adalah Hari bermulanya Penjajahan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) keatas negara Sabah, negara Sarawak dan negara Singapura secara rasmi yang bertopengkan "Malaysia".

Inilah yang menyebabkan pihak SSKM-SSU(UK) menjadikan 16 September sebagai "Black 16 September" sebagai simbolik kepada Penjajahan Malaya yang bertopengkan Malaysia keatas negara Sabah dan negara Sarawak. 

BACA ARTIKEL Penuh di sini:

Identiti "MALAYA" menjadi "MALAYSIA" telah Ditelanjangkan!

SILAKAN DOWNLOAD VIDEO INFOGRAFIK INI dengan PERCUMA
KLIK DI SINI untuk DOWNLOAD: http://ouo.io/kbUf8t

Kumpulan sosial di dalam Facebook yang bernama Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM), kini sudah berdaftar secara SAH di bawah bidang kuasa perundangan United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland (UK) dengan nama Sabah Sarawak Union (SSU-UK) ingin membuat satu kenyataan rasmi berhubung dengan Hubungkait status Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) dan Kerajaan Malaysia.

Tujuan kenyataan rasmi ini dibuat adalah untuk membuat pendedahan sebenar yang selama ini telah disembunyikan daripada pengetahuan orang awam termasuk anda semua bahawa Malaya itu sebenarnya adalah Malaysia dan Malaysia itu adalah Malaya.

Mengapakah pendedahan ini perlu dilakukan? Ini kerana selama ini pemimpin-pemimpin dan rakyat dari negara Sabah dan negara Sarawak telah diberikan jaminan dan janji bahawa pada 16 September 1963, sebuah kerajaan baru akan terbentuk yang dianggotai oleh Sabah, Sarawak, Singapura dan Malaya. Namun, apa yang berlaku disebaliknya dan ia adalah sangat mendukacitakan. 

Untuk mengetahui perkara yang sebenar ini, pihak kami telah memadatkan secara ringkas maklumat-maklumat yang sangat penting melalui kenyataan rasmi ini agar semua pihak mampu memahaminya dengan mudah dan jelas.

Untuk menyokong kenyataan bahawa Malaya itu adalah Malaysia dan Malaysia itu adalah Malaya, bukti-bukti yang nyata, jelas dan berfakta mesti diberikan untuk dijadikan rujukan kepada semua pihak agar dapat memahami, menilai dan memutuskan sama ada kenyataan ini adalah berupa "Hasutan", "Penipuan" ataupun "Kebenaran berfakta dan sahih". Oleh itu, pihak kami telah menyediakan segala bukti-bukti untuk menyokong pendedahan ini sepenuhnya.

Selama ini pemimpin-pemimpin Borneo yang terdahulu telah menimbulkan persoalan tentang identiti sebenar Malaysia melalui persoalan seperti ini, "adakah Malaysia ini sebenarnya Malaya yang hanya berubah nama?" Persoalan ini telah timbul sejak tahun 1960an lagi dan kini, persoalan ini bakal dijawab dengan rasminya. Pihak SSKM-SSU(UK) akan memberikan noktah (penamat) kepada persoalan ini dengan berserta bukti berfakta yang kukuh.

Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM): Sabah Negara Merdeka



Please sign the Petition for Sabah and Sarawak so that we shall be a truly an Independence Country in this coming few years from now...

Datuk Yong Teck Lee: Unnecessary long remand, Lahad Datu



Daripada penerangan beliau, penahanan Sukarelawan-sukarelawati di Lahad Datu sebenarnya adalah kerana telah mendapat arahan daripada pihak atasan. Ribuan terima kasih kepada Datuk Yong Teck Lee kerana telah menghulurkan bantuan atas kapasitinya sebagai rakyat Bangsa Negara Sabah dan juga pemuda-pemuda yang berjiwa Nasionalis. Terima kasih tidak terhingga... Join The Fight!

APA KATA mereka TENTANG SSKM?



Satu perkongsian pandangan dikalangan Rakyat Bangsa Negara Sabah dan Rakyat Bangsa Negara Sarawak. Luahan yang mereka sampaikan adalah benar dan telus. Sila luangkan masa anda untuk mendengar pandangan mereka. Jangan lupa sebarkan...

KEBANGKITAN RAKYAT!



Sila tonton video ini dan sebarkan... Kebangkitan Rakyat Borneo untuk menuntut Hak mereka iaitu Kemerdekaan Penuh!

10 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Akta Hasutan 1948



Sila luangkan masa anda untuk berfikir... Adakah anda ingin menyokong akta hasutan untuk kebaikan? Jikalau ya, sila berikan sebab-sebabnya yang jelas. Perlu diingatkan bahawa Persekutuan Malaysia ini adalah terbentuk atas dasar "Sukarela". Namun apa yang berlaku, tindakan pemimpin-pemimpin malaya yang disokong oleh barua malaya berusaha untuk menghidupkan akta ini demi kelangsungan survival politic mereka. 

Ya, mereka akan menyajikan anda dengan pelbagai helah demi mendapatkan sokongan tetapi punca kepada tindakan mereka ini adalah semata-mata untuk mendiamkan mana-mana pihak yang mengkritik pemerintahan mereka malah ia bakal digunakan untuk mendiamkan Kebangkitan Nasionalisme Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak. 

Tunjukkan sokongan anda untuk membantah akta ini dengan menyebarkan video ini. Lakukanlah demi Generasi Masa Depan Anda!

SSKM - 16 September is Black16; Know your Ultimate Rights!



Know your ultimate Rights! Black 16 September!

Stand For Your Nations!




Stand For Your Nations! Don''t let other people fool you about your rights!

Sabah Sarawak Keluar Malaysia Brief Introduction



A very Great Introduction in term of animation has give a very positive impression to the public about this struggle. Please spend your time to watch this video.

SSKM and RFS Interview 2012


A very clear message from one of Borneo Nationalist has been interviewed by Radio Free Sarawak in 2012. Please spend your time to listen this interview session.

Move Forward SSKM


Please spend your time to watch this video. A very Inspirational Video which will motivate us to achieve this struggle...

SSKM Petition


Tidak tahu bagaimana mahu mengisi petition online untuk menyokong perjuangan SSKM-SSU(UK)? Sila luangkan masa anda untuk menonton video ini.

49 Tahun Negara Sabah dan Negara Sarawak Berada Dalam Kesedihan


Selama 49 Tahun Negara Sabah dan Negara Sarawak berada dalam kesedihan kerana apabila disedari, kedua-dua negara ini sebenarnya telah sedang dijajah oleh malaya.

The Volunteer Movement


This movement is supported by Sabahan and Sarawakian Volunteer.

SSKM Petition


This petition is for the purpose to bring the true Borneo's Voice in the International Level.

SSKM - Kearah Kedaualatan Negara Sabah dan Negara Sarawak


To protect the Sovereignity of Sabah and Sarawak, the people of this Borneo Land must stand united and be firm to claim back their solely rights that has been granted in the Malaysia Agreement, 18 & 20 Points.

Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM)


Video ini menyampaikan satu mesej yang sangat jelas kepada anda semua bahawa selama ini Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak telah ditipu. Apa yang lebih menyedihkan lagi apabila penindasan dilakukan terhadap mereka. Apakah anda hanya ingin berdiam setelah menonton video ini???

What is Fair For Borneo?


Join The Fight!

Doris Jones Part 3


Part 3: The Continuation from Part 2
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2013. Video Collection SSKM-SSU(UK) - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
| Distributed by Way2 Blogger Templates Proudly powered by Blogger